Pengajian

Pusat Tahfiz Teknikal YUPP Pahang

Pusat Tahfiz Teknikal yang dicadang untuk dibangunkan di Mukim Pelangai, Bentong atas tanah yang dianugerahkan kepada YUPP seluas 2 ekar ini adalah sebuah Pusat Tahfiz Teknikal pertama yang akan dibangunkan di Negeri Pahang dan mungkin juga di Malaysia. Ianya berkonsepkan sebuah kolej yang mengintegrasikan pengajian tahfiz Al-Quran dengan ilmu kemahiran teknikal, disamping menyediakan asrama kepada anak-anak yatim asnaf bagi melatih pelajarpelajar tahfiz ini berbakti dan beramal soleh kepada anakanak yatim. Pusat Tahfiz ini akan dijadikan sebuah Projek Waqaf Pendidikan yang mana tiada yuran pengajian dikenakan kepada pelajar; hanya dikenakan yuran makan minum dan asrama sahaja bagi yang tinggal di asrama. Ianya bukan pusat pengajian untuk melahirkan para huffaz yang bergelar tahfiz semata-mata, malah ianya bermatlamat untuk melatih dan mendidik para huffaz dalam bidang teknikal, kemahiran hidup dan keusahawanan bagi menjamin kehidupan mereka untuk berdikari setelah tamat pengajian.

Objektif Penubuhan

Program yang Ditawarkan

Jadual Harian Pengajian Tahfiz Teknikal

Pelan Pembangunan Kompleks Pusat Tahfiz Teknikal Pahang